SlideShow

Rabu, 24 November 2010

AKAN DATANG DI PAWAGAM 25 NOVEMBER 2010


gUA tengok preview citer ni cam best jer... Macam pecah perut jer... moh kite sabtu ni... meh... meh...




Jom serang pawagam... JOM...JOM

14 Buah Lagu ke final AJL25...

Keputusa semua dah tahu kan? sebanyak 14 buah lagu telah terpilih daripada 30 pencalonan untuk berentap di final AJL25 pada 9 Januari depan... Yeahh Yeaarrgghhh...

lagu-lagu tersebut ialah Pelita (A.P.I), Berlari (Tomok), Extragavanza (Bunkface), Selamat Malam (Faizal Tahir), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Aku Ada Kamu (Adira), Noktah Cinta (Hafiz), Mencari Konklusi (Hujan), Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Ana Rafalli), Cinta Sempurna (Yuna), Drama King (Meet Uncle Hussain), Jahat (Stacy) dan Sofea Jane (Black)...


pilihan gua Kebahagiaan dalam perpisahan, Noktah cinta dan sofea jane....

PENAMPILAN SPIDER DI AJL25 2010



MENAMPILKAN RELAKU PUJUK DAN KITA SATU(LAGU BARU)


mantap... itu yang boleh gua cakap... HEBAT... selaku bekas juara PoP rock dan AJL19, mereka membuat penampilan bertenaga... cayalah....

PENGUBAT BUAT MALAYSIA

SEJARAH TERCIPTA...itulah ungkapan paling sesuai untuk skuad hoki negara...
kemenangan ini, pada gua pengubat untuk skuad bola sepak yang terkandas di pusingan kedua... okie la tu...
pada gua, lepas ni kalu kalah pon dah kira baik, perak pon okie la... tapi, takkan nak mengalah sebelum berjuangkn? yeah yearrgghhhh... gua tujukan lagu ni buat korang...
dendangan amuk... yeah yearggghhh...

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh




mau lagu ni? klik kat SINI



SKUAD hoki lelaki negara mencatat sejarah gemilang apabila buat julung kali layak ke final LinkSukan Asia dengan menewaskan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir cukup mendebarkan di Stadium Hoki Aoti, semalam.

Kejayaan itu diserikan lagi dengan kehadiran Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang turun ke padang memberikan tahniah kepada pemain negara sebaik tamat perlawanan.


Muhamad Amin Rahim muncul wira negara apabila menjaringkan gol kemenangan sudden death minit ke-75 menerusi gerakan set piece hasil pukulan sudut penalti.

“Kemenangan ini cukup bermakna bagi saya kerana menjaringkan gol kemenangan ini. Tiada apa yang dapat saya katakan melainkan bersyukur kerana memastikan kemenangan negara untuk mara ke final.


“Kemenangan ini adalah milik setiap rakan sepasukan yang mempamerkan aksi menakjubkan hari ini.


“Sudah pasti saya tidak akan melupakan detik bersejarah ini,” kata Muhamad Amin.


Malaysia yang turun selaku under-dog mendahului India 1-0 menerusi gol padang Tengku Ahmad Tajuddin m-32 namun pantas diikat Sandeep Singh tiga minit selepas itu.


India yang memenangi pingat perak Sukan Komanwel New Delhi pantas mendahului 2-1 hasil jaringan Khandker Tushar m-37, bagaimanapun semangat melawan kental barisan negara berjaya menyamakan kedudukan m-49 hasil gol pukulan sudut penalti Azlan Misron.

Permainan bertambah rancak apabila India bangkit mendahului 3-2 m-54 sebelum Muhamad Amin menidakkan impian India mara ke final dengan gol penyamaan 3-3 m-67.


Perlawanan memasuki masa tambahan sudden death dan dari gerakan set piece pukulan sudut penalti, Muhamad Amin yang menunggu ditepi pintu gol India pantas menolak masuk untuk gol kemenangan.


Pada temasya di Doha, empat tahun lalu, Malaysia hanya menduduki tempat ke enam dan akan menentang Pakistan di final esok yang mengecewakan Korea Selatan menerusi pukulan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 selepas masa tambahan berakhir.


Nada gembira diluahkan jurulatih Stephen Van Huizen yang memuji semangat melawan kental dan tidak putus asa selepas dua kali ketinggalan 2-1 dan 2-3.


“Ini bukan perlawanan mudah apalagi memasuki masa tambahan sudden death. Sesiapa sahaja melakukan kesilapan akan membawa padah.


“Namun pemain menunjukkan disiplin dan fokus tinggi serta tidak tertekan. Dua gol Muhamad Amin ternyata merubah keputusan.


“Puji saya kepada setiap pemain yang mencipta sejarah hoki negara layak buat pertama kali ke final Sukan Asia,” katanya.


info myMETRO

Sabtu, 20 November 2010

PREVIEW ALBUM LEON- KEJORA (2008)


Ermmm... album leon keluaran tahun 2008...

PENERBIT EKSEKUTIF : LEON MUZIK
PENERBIT : FANCY
JURU RAKAM : ABOT DAN RYAN
JURU ADUN : ABOT DAN RYAN
STUDIO RAKAMAN : AVENUE ONE STUDIO
UNIT PROMOSI : ARYUNA ENTERTAINMENT
TERBITAN : LEON MUZIK
EDARAN : INSICTECH MUSICLAND SDN BHD

Album ni memuatkan 10 buah lagu termasuk satu lagu lama saling merindu yang di gubah semula... yeah yearrgghhhh...

01. ANTARA MATA DAN... cipt: aboy leon & cikgu jefry
02. KAMU cipt: fancy & citra dewi
03. B.A.K.U.L cipt: me leon & aboy leon
04. BINTANG TERPILIH cipt: rudy iskandar
05. SETIA cipt: aboy leon & cikgu jefry
06. PILIHAN TERPAKSA cipt: dino s.o 7 & aboy leon
07. LINDA cipt: fancy
08. TERUNA DAN DARA cipt: fancy & citra dewi
09. DI DASAR FANTASI cipt: fancy & es
10. SALING MERINDU 2008 cipt: fancy & afidah


album ni pada gua okie la, bagi peminat rock lama-lama, leh cari album ni... gua bagi 3 bintang la... aper2 pon... rock oooo... Yeah yearrggghhhh....


lagu SALING MERINDU 2008

Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita 'kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata

Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi

Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...

Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya...

Nak ku tinggalkan
Terasa sayang
Ingin ku belai
Tangan tak sampai
Pastinya kita
Saling merindu
Ku masih cinta pada mu...





mau try dengar satu lagu di trek ke 10? klik kat SINI

Selasa, 16 November 2010

SALAM AIDILADHA DARI BUDU.SIAM666


Buat semua bloggers, gua di sini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari raya Haji a.k.a salam aidiladha buat semua...
Adios amigos... Rock ooooo...

Isnin, 15 November 2010

ANAK MELAYU ZAMAN SEKARANG...





GUA maleh nak cakap aper2... luorang pandai nilai sendiri... kalu gua, gua pon akan pilih klcc pasal budak laki camni, rugi kalu pilih.... heheheeh... nak buat laki ker kalu camni? cam mabuk jer... apa2 pon, dua2 bangang... bt rakaman untuk tontonan umum... gua dah kawen pon xreti nak rakam bagi orang tengok, apatah lagi bercium di khalayak ramai... Tolol...

Ahad, 14 November 2010

PREVIEW ALBUM KHALIFAH- NI HAO MA (2010)

Ermm... album ke 3 khalifah... mantap... Gua suka...

terbitan : universal music sdn bhd & mvm production sdn bhd Edaran : universal music sdn bhd
Penerbit eksekutif : Sandy Montiero, Pua khim San Penerbit : Haarry, yabang A& R : Dexter Koh Penyelaras Vokal : Lan Laga, Harry Susunan Muzik : Khalifah, Harry, Yabang Urusan Promosi & Persembahan : Mahadhir, Lin Jururakam : Lan Laga, Amir, Rumie JuruAdun : Zairi, Amir NAR Studio Rakaman & Adunan : Matahati (kings) ,NAR Mastering : Aries Music Pengurusan Jualan : Michael Chia Pengurusan Produksi : B.Y Teoh Imej & Konsep Kulit Album : B.Y Teoh RekaBentuk Kulit album : Dotzidea.com Jurugambar : Ricky Lew-Photics Production ihsan Tajaan (kereta) : Mubari sound, Light & Trust Ihsan Tajaan : INSATO



memuatkan 11 buah lagu...
1.Ni hao Ma lagu Mala Lirik Mie "rawo"
2. cikgu Ayu lagu Mala lirik Yabang
3. satu Hakikat Cinta lagu & lirik Yabang
4. Si Jantung Hati lagu & lirik Hak cipta terpelihara
5. Yang Cantik lagu & lirik Yabang
6. Mungkinkah Jadi Nyata lagu Mala lirik Mie "Rawo"
7. cek mek molek lagu & lirik hakcipta terpelihara
8.sayangilah Daku lagu & lirik Yabang
9. Wali cinta lagu Mala lirik Mie "Rawo"
10. ampun lagu Bong lirik Azam Dungun
11. lagu Untuk Adinda lagu Mala Lirik Mie "Rawo"




kepada tuan cover album, mintak kebenaran, maleh la nak scan.... tengkiu
ihsan jiwang.org

Sabtu, 13 November 2010

HARI NI AKU BELI ALBUM BARU...


Hari ni tanggal 13hb November, gua beli album yang dah lama gua tunggu-tunggu... Album terbaru dari khalifah... Abum ke 3 khalifah berjudul Ni Hao Ma... Perghhh... Berbaloi-baloi...
Gua promote beb... Rock oooo... belilah yang ori beb... Cayalah.... malam, ni xsempat gua cerita lebih2... nnt la gua cerita lagi pasal album ni... Chow...


5 Bintang untuk album ni... Rock...

Jumaat, 12 November 2010

AL-FATIHAH- SHAMRIN FOTOGRAF MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.

Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan


info utusan online



Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

**kawan mengucapkan takziah, semoga roh di letakkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin...

info www.mstar.com.my

BON JOVI GREATEST HITS WILL BE RELEASED IN NOVEMBER

COMPILATION INCLUDES FOUR NEW SONGS INCLUDING 1st SINGLE & VIDEO: “WHAT DO YOU GOT?”

World-renowned music icons Bon Jovi are releasing a career-spanning greatest hits compilation November 9th on Island Records. Bon Jovi GREATEST HITS will transport listeners back in time through Bon Jovi’s worldwide monster hits of the past and offer a bridge to the future with the debut of four brand new tracks.

Bon Jovi GREATEST HITS will be a 16-song single disc chock full of the band’s biggest chart-toppers including “Livin’ On A Prayer,” “Always,” “It’s My Life,” “Wanted Dead or Alive,” and “Who Says You Can’t Go Home.” Two new songs, including lead single “What Do You Got,” round out the tracklisting. “What Do You Got?” will hit radio airwaves globally at the end of August.






Bon Jovi GREATEST HITS - THE ULTIMATE COLLECTION will be a 28-song two disc edition made up of the GREATEST HITS CD from the standard edition and a second disc featuring beloved fan favorites including “Bed of Roses,” “Blood on Blood,” “These Days,” and “Keep The Faith” plus the third and fourth new tracks created for this project.

The four new songs (“The More Things Change,” “No Apologies,” “This Is Love, This Is Life” and the first single, “What Do You Got?”) were written specifically for inclusion in this compilation.

The complete tracklistings for Bon Jovi GREATEST HITS and Bon Jovi GREATEST HITS - THE ULTIMATE COLLECTION will be unveiled exclusively at www.bonjovi.com.


For more information, please visit www.bonjovi.com



Ahad, 7 November 2010

BACA LA CITER NI... UHUKK... UHUKKK

Gua tengah xder idea ni... tengah belek2 facebook, gua jumpa lak citer ni... banyak pengajaran dari citer ni... thanks kepada cik mentari hidup.






Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)




sumber ni gua dapat dari facebook... cik mentari hidup

30 LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 25(MM25)







Ermmmm... dah nak masuk separuh akhir dah... rasa cam cepat btol... malam esok (08 November 2010) berlangsung la acara separuh akhir MM25..
Sebanyak 30 lagu telah layak untuk bertanding...
Di bahagikan kepada tiga sesi pertandingan, separuh akhir pertama yang bermula jam 10 malam esok (08 November 2010) mempertandingkan 12 lagu iaitu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Ana Rafalli), Sejujur Hatimu (Adibah Noor), Cinta (Mohd), Mencari Konklusi (Hujan), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir) dan Noktah Cinta (Hafiz).Enam lagu lain Hanyut (Faizal Tahir), Oh Juwita (Nubhan), Cinta Sempurna (Yuna), Nadiku (Sabhi Saddi), Inikah Cinta (Akim) dan Gerak Hati (Azlan & The Typewriter)...
Minggu kedua pada 15hb November lak, lagu Tika Masanya (Hujan & Mirwana), Jahat (Stacy), Tolong Ingatkan Aku (Ana Rafalli), Drama King (Meet Uncle Hussain), Sofea Jane (Black), Susun Silang Kata (Aizat), Cinta Kosmik (The Fabulous Cats), Kau Harus Ada (Hujan), Aku Ada Kamu (Adira), Menggegar Dunia (Stacy & Adam), Manifestasi Cinta (Fiq & Mirwana) dan Adrenalin (Faizal Tahir).
Enam lagu lagi akan bersaing pada minggu ke 3 pada 22 November 2010 iaitu Realiti Dewi (Alyah), Xtravaganza (Bunkface), Bersamamu (Joe Flizzow), Selamat Malam (Faizal Tahir) dan Pelita (A.P.I) ....
Frust gak gua pasal banyak lagu feveret gua dari band2 rock tak masuk... ptuiihhhh(bunyi sarip dol ludah)... hehehehe... Amuk, Jinbara, Handy Black,Axl's xdak?? Apa cita??

Apa2 pon gua pilih Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Manifestasi Cinta, Selamat Malam, Mencari Konklusi, Noktah Cinta, Drama King, Sofea Jane, Cinta Kosmik, dan Jahat masuk final... Apa-apa je la... janji Rock... Yeah Yearrgghhhh....

Sabtu, 6 November 2010

RINGTONE HP ABDUL HALIM a.k.a WAK (member aku la) dulu pakai ringtone sudirman... heheheh


+youtube+


Jumpa lagi kengkawan... dulu ingat tak gua ada buat post pasal ringtone member gua abdul halim a.k.a wak? aiseyman, lupa la tu? ala, yang pakai ringtone patah hati dari sudirman tu... kalu lupa, baca balik kat entry INI gua suka lagu tu... kali ni member dah tukar ringtone baru... gua minat giler... huhuhu... cayalah...



[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali

PREVIEW ALBUM RADJA- LANGKAH BARU

Ermmm... sebelum ni gua ada post album ST12... Ni pon post pasal album dari seberang.. Album indon gak... Ni album pertama dari indon yang gua beli.. Susah betul gua nak masuk ngan lagu band indon... tapi, first time dengar, gua terasa lak nak beli... best gak...

A1 - A3
EXECUTIVE PRODUCER : EMI MUSIC INDONESIA
PRODUCER : RADJA
CO-PRODUCER : MARWANTO
RECORDED BY : WANTO & JERRY AT KANTONG STUDIO
MIXED BY : WANTO AT KANTONG STUDIO
ADDITIONAL VOKAL : A2 - YUNI P.S

A4 -A6 ; B1 - B6
PRODUCER : ISFAN FAJAR SATRYO
RECORDED BY : DAUS & HERI AMIRUDIN AT MUSICA STUDIO
MIXED BY : HERI BUCHAERI AT MUSICA STUDIO
MASTERED BY : IMRAN ST SATI AT SOUNDSTATION
ADDITIONAL VOKAL : A4, A6, B4 - TIA
PLAYER : A4- MALVINAS (VIOLIN 1)
DEM TULASEKET (VIOLIN 2)
MELLA (VIOLA)
RICKY (CELLO)

COVER DESIGN : JULDI FOR PERFECTOAD.COM
PHOTOGRAPHED BY : LATERAL.WEB.ID
WARDROBE : ELEVATE WEAR CO

LINE UP : IAN KASELA (VOKAL)
MOLDY (GUITAR)
SENO (DRUM)
INDRA (BASS)

lagu-lagu dalam album ni
1.tulus
2.jujur
3.bulan
4.ta'kan melupakanmu
5.wahai kau cinta
6.tetaplah kau jadi milikku
7.selalu jauh dari cinta
8.manusia biasa
9.tak seperti dulu
10.butuh waktu
11.lepas masa laluku
12cinderella

dengar la lagu di trek yang ke 2... jujur


+powered by youtube+

duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberi satu arti
sedikit rasa yang bisa kumengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama

Reff:
jujurlah padaku
bila kau tak lagi cinta
tinggalkanlah aku
bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku

jujurlah padaku
bila kau tak lagi suka
tinggalkanlah aku
bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku selamanya




mau lagu ni? tekan kat SINI

Rabu, 3 November 2010

PREVIEW ALBUM BARU ST12 2010-PANGERAN CINTA


Gua bukanlah peminat lagu-lagu indon ni... tapi lepas dengar album ni, gua ada tertarik la... ermmm... Gua rasa ni album terbaik dari indon dalam simpanan gua selepas Radja dengan album "LANGKAH BARU" dan Wali band dengan "CARI JODOH"...
Ada macam-macam rasa, rock ada, nasyid ada... macam-macam ada... huhuhu

Ada 12 buah lagu dalam album ni...
1.terlalu
2.Setiaku
3.Aku Padamu feat Charly's Angels
4.Dunia Pasti Berputar
5.Pangeran Cinta
6.Masa Kecil
7.Lady Sky
8.Aku Terjatuh
9.Anugerah Cinta
10.I Love You
11.Sayyidina
12.Sebuah kenyataan

leh try lagu PANGERAN CINTA

+powered by youtube+


biarkan aku malam ini
sejenak tuk mengkhayalmu
aku tlah lama menunggu
tuk esok bisa bertemu

biarkan aku malam ini
mimpikan indah dirimu
terlena ku dibuatmu
terlena ku bersamamu

* indahnya aku malam ini
ingat pertama bertemu
kini ku telah menyadari
aku telah jatuh cinta

reff:
akulah sang pangeran cintamu
yang bisa membuatmu hidup
biarkan aku selalu memandang wajahmu
puaskan diriku

akulah sang pangeran cintamu
yang bisa membuatmu hidup
ajarkan aku selalu melihat senyummu
menambah hasratku lagi

repeat *, reff

akulah sang pangeran cintamu
yang bisa membuatmu hidup
biarkan aku selalu memandang wajahmu
puaskan diriku



leh download lagu ni kat SINI

PREVIEW FILEM ZOO 2010- MENGARUT? LAWAK BODOH?


Secara ringkasnya sinopsis dan review awal filem zoo ini seperti yang disiarkan dalam sinemamalaysia.com adalah merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan (lakonan Mazlan Pet Pet) yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Lan secara tidak sengaja masuk ke sessi temuduga yang dibuat oleh pengurus disitu, En. Din (lakonan Bob Lokman) dan Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.

Lan telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Sheila (lakonan Lisa Surihani.) Menurut Sheila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Sheila sendiri tidak mempercayainya. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut. Lan sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan.

Plot cerita seterusnya berkembang bila zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic dan bagaiman Lan yang bekerja di situ mampu menyelesaikan masalah tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah saksikan cerita komedi lakonan mantap Lisa Surihani dan Mazlan Pet Pet ini di pawagam.



Ermmm... Komen gua pasal citer ni?? Gua rasa pada sesiapa yang berniat nak beli cd "ORIGINAL" lupa kan la, nak beli cd "CETAK ROMPAK" lak? fikir dua kali la... kena tangkap, tak berbaloi la... Dah la citer mengarut, kena tangkap la pasal beli barang buatan haram yang memaparkan filem lawak bodoh... huhuhuhu... Filem ni langsung takder kekuatan... buang masa je luorang gelak... buat sakit perut jer... tuuuuuuttt you...

Blog Tricks


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Recent Visitors

Mencari Sesuatu