SlideShow

Sabtu, 13 November 2010

HARI NI AKU BELI ALBUM BARU...


Hari ni tanggal 13hb November, gua beli album yang dah lama gua tunggu-tunggu... Album terbaru dari khalifah... Abum ke 3 khalifah berjudul Ni Hao Ma... Perghhh... Berbaloi-baloi...
Gua promote beb... Rock oooo... belilah yang ori beb... Cayalah.... malam, ni xsempat gua cerita lebih2... nnt la gua cerita lagi pasal album ni... Chow...


5 Bintang untuk album ni... Rock...

Jumaat, 12 November 2010

AL-FATIHAH- SHAMRIN FOTOGRAF MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.

Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan


info utusan online



Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

**kawan mengucapkan takziah, semoga roh di letakkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin...

info www.mstar.com.my

BON JOVI GREATEST HITS WILL BE RELEASED IN NOVEMBER

COMPILATION INCLUDES FOUR NEW SONGS INCLUDING 1st SINGLE & VIDEO: “WHAT DO YOU GOT?”

World-renowned music icons Bon Jovi are releasing a career-spanning greatest hits compilation November 9th on Island Records. Bon Jovi GREATEST HITS will transport listeners back in time through Bon Jovi’s worldwide monster hits of the past and offer a bridge to the future with the debut of four brand new tracks.

Bon Jovi GREATEST HITS will be a 16-song single disc chock full of the band’s biggest chart-toppers including “Livin’ On A Prayer,” “Always,” “It’s My Life,” “Wanted Dead or Alive,” and “Who Says You Can’t Go Home.” Two new songs, including lead single “What Do You Got,” round out the tracklisting. “What Do You Got?” will hit radio airwaves globally at the end of August.






Bon Jovi GREATEST HITS - THE ULTIMATE COLLECTION will be a 28-song two disc edition made up of the GREATEST HITS CD from the standard edition and a second disc featuring beloved fan favorites including “Bed of Roses,” “Blood on Blood,” “These Days,” and “Keep The Faith” plus the third and fourth new tracks created for this project.

The four new songs (“The More Things Change,” “No Apologies,” “This Is Love, This Is Life” and the first single, “What Do You Got?”) were written specifically for inclusion in this compilation.

The complete tracklistings for Bon Jovi GREATEST HITS and Bon Jovi GREATEST HITS - THE ULTIMATE COLLECTION will be unveiled exclusively at www.bonjovi.com.


For more information, please visit www.bonjovi.com



Ahad, 7 November 2010

BACA LA CITER NI... UHUKK... UHUKKK

Gua tengah xder idea ni... tengah belek2 facebook, gua jumpa lak citer ni... banyak pengajaran dari citer ni... thanks kepada cik mentari hidup.






Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)




sumber ni gua dapat dari facebook... cik mentari hidup

30 LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 25(MM25)







Ermmmm... dah nak masuk separuh akhir dah... rasa cam cepat btol... malam esok (08 November 2010) berlangsung la acara separuh akhir MM25..
Sebanyak 30 lagu telah layak untuk bertanding...
Di bahagikan kepada tiga sesi pertandingan, separuh akhir pertama yang bermula jam 10 malam esok (08 November 2010) mempertandingkan 12 lagu iaitu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Ana Rafalli), Sejujur Hatimu (Adibah Noor), Cinta (Mohd), Mencari Konklusi (Hujan), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir) dan Noktah Cinta (Hafiz).Enam lagu lain Hanyut (Faizal Tahir), Oh Juwita (Nubhan), Cinta Sempurna (Yuna), Nadiku (Sabhi Saddi), Inikah Cinta (Akim) dan Gerak Hati (Azlan & The Typewriter)...
Minggu kedua pada 15hb November lak, lagu Tika Masanya (Hujan & Mirwana), Jahat (Stacy), Tolong Ingatkan Aku (Ana Rafalli), Drama King (Meet Uncle Hussain), Sofea Jane (Black), Susun Silang Kata (Aizat), Cinta Kosmik (The Fabulous Cats), Kau Harus Ada (Hujan), Aku Ada Kamu (Adira), Menggegar Dunia (Stacy & Adam), Manifestasi Cinta (Fiq & Mirwana) dan Adrenalin (Faizal Tahir).
Enam lagu lagi akan bersaing pada minggu ke 3 pada 22 November 2010 iaitu Realiti Dewi (Alyah), Xtravaganza (Bunkface), Bersamamu (Joe Flizzow), Selamat Malam (Faizal Tahir) dan Pelita (A.P.I) ....
Frust gak gua pasal banyak lagu feveret gua dari band2 rock tak masuk... ptuiihhhh(bunyi sarip dol ludah)... hehehehe... Amuk, Jinbara, Handy Black,Axl's xdak?? Apa cita??

Apa2 pon gua pilih Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Manifestasi Cinta, Selamat Malam, Mencari Konklusi, Noktah Cinta, Drama King, Sofea Jane, Cinta Kosmik, dan Jahat masuk final... Apa-apa je la... janji Rock... Yeah Yearrgghhhh....

Sabtu, 6 November 2010

RINGTONE HP ABDUL HALIM a.k.a WAK (member aku la) dulu pakai ringtone sudirman... heheheh


+youtube+


Jumpa lagi kengkawan... dulu ingat tak gua ada buat post pasal ringtone member gua abdul halim a.k.a wak? aiseyman, lupa la tu? ala, yang pakai ringtone patah hati dari sudirman tu... kalu lupa, baca balik kat entry INI gua suka lagu tu... kali ni member dah tukar ringtone baru... gua minat giler... huhuhu... cayalah...



[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali

PREVIEW ALBUM RADJA- LANGKAH BARU

Ermmm... sebelum ni gua ada post album ST12... Ni pon post pasal album dari seberang.. Album indon gak... Ni album pertama dari indon yang gua beli.. Susah betul gua nak masuk ngan lagu band indon... tapi, first time dengar, gua terasa lak nak beli... best gak...

A1 - A3
EXECUTIVE PRODUCER : EMI MUSIC INDONESIA
PRODUCER : RADJA
CO-PRODUCER : MARWANTO
RECORDED BY : WANTO & JERRY AT KANTONG STUDIO
MIXED BY : WANTO AT KANTONG STUDIO
ADDITIONAL VOKAL : A2 - YUNI P.S

A4 -A6 ; B1 - B6
PRODUCER : ISFAN FAJAR SATRYO
RECORDED BY : DAUS & HERI AMIRUDIN AT MUSICA STUDIO
MIXED BY : HERI BUCHAERI AT MUSICA STUDIO
MASTERED BY : IMRAN ST SATI AT SOUNDSTATION
ADDITIONAL VOKAL : A4, A6, B4 - TIA
PLAYER : A4- MALVINAS (VIOLIN 1)
DEM TULASEKET (VIOLIN 2)
MELLA (VIOLA)
RICKY (CELLO)

COVER DESIGN : JULDI FOR PERFECTOAD.COM
PHOTOGRAPHED BY : LATERAL.WEB.ID
WARDROBE : ELEVATE WEAR CO

LINE UP : IAN KASELA (VOKAL)
MOLDY (GUITAR)
SENO (DRUM)
INDRA (BASS)

lagu-lagu dalam album ni
1.tulus
2.jujur
3.bulan
4.ta'kan melupakanmu
5.wahai kau cinta
6.tetaplah kau jadi milikku
7.selalu jauh dari cinta
8.manusia biasa
9.tak seperti dulu
10.butuh waktu
11.lepas masa laluku
12cinderella

dengar la lagu di trek yang ke 2... jujur


+powered by youtube+

duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberi satu arti
sedikit rasa yang bisa kumengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama

Reff:
jujurlah padaku
bila kau tak lagi cinta
tinggalkanlah aku
bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku

jujurlah padaku
bila kau tak lagi suka
tinggalkanlah aku
bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku selamanya




mau lagu ni? tekan kat SINI

Blog Tricks


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mencari Sesuatu