SlideShow
Isnin, 9 Ogos 2010
ETS- Adakah akan di"anak syarikatkan"?
Inilah wajah tren baru, produk baru dari KTMB.. ye ke baru?
semalam, 08/08/2010 merupakan hari perlancaran tren baru itu.. setelah sekian lama menunggu, akhirnya tarikh keramat itu muncul untuk membolehkan semua rakyat Malaysia "merasa" tren ETS yang merupakan tren paling canggih dan terpantas pernah dimiliki KTMB yang mampu bergerak pada kelajuan 140 kilometer sejam (km/j).
Tapi kat sini gua tak cerita tengtang apa itu ETS, kemantapan ETS, apa kemampuan ETS dan etc..
Kat sini gua lebih berminat untuk bercerita tentang mungkinkah ETS berjaya di anaktirikan atau dengan erti kata lain di anak syarikatkan? Apakan kebaikan dan keburukannya?
Gua cuma nak bandingkan, ramai orang bercakap penjajah tu jahat, zionis, kejam dan seangkatan dengannya.. tetapi, pernahkah kita terfikir bahawa sejahat-jahat orang putih ni, kesan dari penjajahan mereka, mereka telah meninggalkan satu kesan sejarah yang hebat... Di samping itu, mereka telah meninggalkan satu ilmu yang paling berharga iaitu sistem pengkeratapian yang cukup-cukup berharga..
Apa yang gua nak komen ni, bukan untuk menunding kepada sesiapa, bukan untuk mencari silap sesiapa, tetapi, setujukah anda bahawa orang yang meng'anak tirikan; ETS ini bertujuan untuk melingkupkan KTMB iaitu satu anugerah dari penjajah.. Tidakkah anda terfikirkan kesannya? Selain itu, terfikirkah kah anda bahawa meng'anak tirikan" ETS ini juga bertujuan untuk kira untung atau mengenyangkan poket sendiri? Tanpa keluar modal, tak payah sewa tapak, tau-tau nak buat syarikat baru tanpa keluar walau sesen pun... Yang merana nanti sapa? KTMB la... tak pasal-pasal kita selaku pengguna terima tempiasnya.. Dah la tambang mahal... ishh.. ishh... ishhh.. Lupakah anda bahawa tujuan asal KTMB ini adalah untuk memenuhi keperluan rakyat, memudahkan rakyat, mesra rakyat, membantu rakyat yang kurang berkemampuan, bukannya kira untung sendiri saja... Sapa makan cili, rasa la pedasnya... HUHUHU...
Ini bukan bertujuan menghasut, tapi teguran ikhlas dari hati yang suci untuk sama-sama merasa apa yang telah ditinggalkan oleh penjajah... Yeah Yearggghhh... Rock oooo...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan