Puluhan bantah festival filem gay
JAKARTA – Berpuluh-puluh anggota Barisan Pembela Islam memprotes satu festival filem gay antarabangsa yang berlangsung di sini sekali gus menyebabkan beberapa tayangan filem mengenai golongan itu dibatalkan.
Mereka memprotes Festival Filem Q! yang diadakan di beberapa pusat kebudayaan asing sejak minggu lalu dan dijadual berlangsung sehingga malam ini.
Anggota-anggota kumpulan tersebut yang sebahagiannya memakai topeng, jubah putih dan serban melaungkan slogan antigay dan menyatakan bahawa filem-filem itu adalah kufur.
Menurut seorang pembantu program pusat terbabit, Dinyah Latuconsina, tayangan filem itu di Institut Goethe Jerman yang dikawal oleh polis tidak akan dibatalkan.
Bagaimanapun, Pusat Kebudayaan Perancis dan Yayasan Jepun mengambil keputusan untuk membatalkan baki tayangan filem gay.
Indonesia dianggap sebagai sebuah negara sekular yang mempunyai jumlah penduduk seramai 237 juta orang. Ia mempunyai bilangan penganut Islam yang teramai di dunia. – AP
kredit : kosmo.com.my
kat sini gua nak komen, banyak jer orang Islam, tapi macam-macam yang jadi kat negara diorang.. Aper yang diorang tau? mengamuk,mengamuk pastu pijak bendera Jalur Gemilang.. tak sedar ka diorang yang banyak bala jadi kat tempat diorang? kat Malaysia memang banyak Bala, Balasundram, Balamurugan, tren Ballast... hehehe.. apa-apa pon gua sokong tindakan diorang buat bantahan ke atas filem gay tu...
suka buat kacau ja, cari rezeki kat tempat orang, tapi lupa diri... puuiihhh...(ada macam bunyi samseng ludah ka) hehehehe... Apa-apa pon, adios amigos...
1 ulasan:
Gay yg dah tak terkawal. Hehehe
Catat Ulasan