kemenangan ini, pada gua pengubat untuk skuad bola sepak yang terkandas di pusingan kedua... okie la tu...
pada gua, lepas ni kalu kalah pon dah kira baik, perak pon okie la... tapi, takkan nak mengalah sebelum berjuangkn? yeah yearrgghhhh... gua tujukan lagu ni buat korang...
dendangan amuk... yeah yearggghhh...
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
mau lagu ni? klik kat SINI
SKUAD hoki lelaki negara mencatat sejarah gemilang apabila buat julung kali layak ke final Sukan Asia dengan menewaskan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir cukup mendebarkan di Stadium Hoki Aoti, semalam.
Kejayaan itu diserikan lagi dengan kehadiran Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang turun ke padang memberikan tahniah kepada pemain negara sebaik tamat perlawanan.
Muhamad Amin Rahim muncul wira negara apabila menjaringkan gol kemenangan sudden death minit ke-75 menerusi gerakan set piece hasil pukulan sudut penalti.
“Kemenangan ini cukup bermakna bagi saya kerana menjaringkan gol kemenangan ini. Tiada apa yang dapat saya katakan melainkan bersyukur kerana memastikan kemenangan negara untuk mara ke final.
“Kemenangan ini adalah milik setiap rakan sepasukan yang mempamerkan aksi menakjubkan hari ini.
“Sudah pasti saya tidak akan melupakan detik bersejarah ini,” kata Muhamad Amin.
Malaysia yang turun selaku under-dog mendahului India 1-0 menerusi gol padang Tengku Ahmad Tajuddin m-32 namun pantas diikat Sandeep Singh tiga minit selepas itu.
India yang memenangi pingat perak Sukan Komanwel New Delhi pantas mendahului 2-1 hasil jaringan Khandker Tushar m-37, bagaimanapun semangat melawan kental barisan negara berjaya menyamakan kedudukan m-49 hasil gol pukulan sudut penalti Azlan Misron.
Permainan bertambah rancak apabila India bangkit mendahului 3-2 m-54 sebelum Muhamad Amin menidakkan impian India mara ke final dengan gol penyamaan 3-3 m-67.
Perlawanan memasuki masa tambahan sudden death dan dari gerakan set piece pukulan sudut penalti, Muhamad Amin yang menunggu ditepi pintu gol India pantas menolak masuk untuk gol kemenangan.
Pada temasya di Doha, empat tahun lalu, Malaysia hanya menduduki tempat ke enam dan akan menentang Pakistan di final esok yang mengecewakan Korea Selatan menerusi pukulan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 selepas masa tambahan berakhir.
Nada gembira diluahkan jurulatih Stephen Van Huizen yang memuji semangat melawan kental dan tidak putus asa selepas dua kali ketinggalan 2-1 dan 2-3.
“Ini bukan perlawanan mudah apalagi memasuki masa tambahan sudden death. Sesiapa sahaja melakukan kesilapan akan membawa padah.
“Namun pemain menunjukkan disiplin dan fokus tinggi serta tidak tertekan. Dua gol Muhamad Amin ternyata merubah keputusan.
“Puji saya kepada setiap pemain yang mencipta sejarah hoki negara layak buat pertama kali ke final Sukan Asia,” katanya.
info myMETRO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan