SlideShow

Memaparkan catatan dengan label Gegarvaganza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gegarvaganza. Papar semua catatan

Isnin, 14 Disember 2015

Gegar Vaganza 2015 : AKHIR

Malam tadi keputusan pun dah semua tahu...Juara... SITI NORDIANA... tahniah....
Apa-apa pun, memang dia layak... Cuma agak kecewa, sepatutnya semua boleh buat yang lebih baik dari ni... mungkin semua playsafe... tiada kelainan sebagai penyanyi professional... Gua sedikit kecewa dengan HAIZA.. dia sepatutnya buat lebih baik dari persembahan malam tadi... Nampak macam dia plysafe... ermmm... apa-apa pun tahniah buat semua...yeaaaahhhh.....

Isnin, 7 Disember 2015

Gegar Vaganza 2015 Minggu ke 8

Yeahh... minggu ke 8 yang juga minggu separuh akhir...
Dengan tema Karok Tarik, semua artis kena nyanyi lagu-lagu yang kompem kena tarik dan popular kat karaoke... yeaahh...

Axl's menjadi artis jemputan, membuka semangat dengan lagu tpo diorang AKULAH KEKASIHMU... Persembahan pertama, FARAHDIYA dengan lagu Ramlah Ram "Kau Kunci Cinta Ku Di Dalam Hati Mu" dengan arragement key low... tak tarik, sakit tekak katanya, tapi credit harus diberikan... Persembahan kedua, ACHONG dengan lagu Biasan dari To'ki juga sedap... Tak rugi kuasa imunity digunakan... AZIAN MAZUAN SAFUAN dengan lagu Safura, Sedalam Mana Cintamu, tersingkir minggu ni...Next, persembahan Ezad menyanyikan lagu lefthanded, Tiada lagi Kidungmu agak okay.. HAIZA, artis feveret gua, nyanyi lagu Flora Cinta dari Min Malik, kali ni hanya persembahan je gua puji... nyanyi, ada skit kureng, tapi masih okay.. Otai ni9, Nassier Wahab, tabik spring la.. Bawak stail sendiri untuk lagu Dinamik, Biar Putih Tulang.. Pujian harus diberikan untuk persembahan terakhir ni, NANA yang menyanyikan lagu Mengapa dari Nicky Astria...yeaahhh...


Selasa, 1 Disember 2015

Gegar Vaganza 2015 Minggu ke 7

Dengan Tema Rockdut.. & artis membuat persembahan...
Yeah... Dengan artis jemputan Bandi Amuk membuka tirai dengan lagu Akar Dan Bumi... Suasana menjadi "panas"... heheheheheh

Persembahan pertama, Ezad dengan lagu NAKAL dari GIGI, mendapat pujian juri... pada gua persembahan bersemangat, tapi pancit... Pembukaan tetap bertenaga... Azian Mazuan Safuan menyanyikan lagu Farid Hardja ft Lucky Resha, INI RINDU pun pada gua agak ok, takde cacatnya..
Artis otai, Nassier Wahab, dengan lagu CAMELLIA 2 nyanyian asal Ebiet G Ade, pada gua credit harus diberikan, bukan penyanyi rock, tapi berjaya menyanyikan lagu ni ala-ala rock dengan baik...
Wow, persembahan ke-empat ni dari Haiza dengan lagu KOPI DANGDUT nyanyian asal Fahmy Shahab, gua rasa persembahan paling baik untuk malam ni... membawa lagu dengan arragement yang agak unik, ada rock, ada dangdut, ada rap, gua rasa memang terbaik...yeaahh... Lagu lain, Achong yang menyanyikan HILANG NALURI dari Once "tersingkir" tapi imunity digunakan pada malam itu, menyebabkan beliau terselamat... Siti Nordiana meneruskan persembahan SECANGKIR MADU MERAH gua rasa agak baik...sebagai penyanyi bukan dangdut, credit juga harus diberikan.. Persembahan penutup dari Farahdiya dengan lagu ENTER SANDMAN dari metallica sungguh bertenaga... 5 bintang untuk penutup...

7 penyanyi akan ke persembahan minggu ke 8 atau minggu separuh akhir minggu depan...

1. Siti Nordiana - Mengapa - Nicky Astria
2. Haiza - Flora Cinta - Min Malik
3. Ezad - Tiada Lagi Kidungmu - Lefthanded
4. Nassier Wahab - Biar Putih Tulang - Dinamik
5. Farahdiya - Ku Kunci Cinta Ku Di Dalam Hatimu- Ramlah Ram
6. Azian Mazuan Safuan - Sedalam Mana Cintamu - Safura

Rabu, 25 November 2015

Gegar Vaganza 2015 Minggu ke-6

Lambat sikit buat posting... BZ sket la ngan hal kesatuan.. ermmm...

Minggu ke 6...makin sengit... dengan tema kenangan terindah, gua rasa hampir semua persembahan malam tu kita patut bagi pujian... Pembukaan dari Haiza denga PATAHNYA SAYAP MALAM agak tebaek... dengan persembahan ala scarecrow, nama asal kumpulan massa...yeaah... Persembahan kedua, gua rasa memang terbaik dari Achong dengan lagu BENCI TAPI RINDU.. memang terbaik, persembahan agak berbeza dan akhiri lagu die dengan cara tersendiri, memang terbaik...takde ayat lain dah gua boleh puji...
Azian Mazwan Safuan pon okay nyanyi lagu broery, LAYU SEBELUM BERKEMBANG.. Yeah, Nassier Wahab dengan lagu I'LL BE THERE memang best... Farahdiya pun membawa lagu DI MANA KAN KU CARI GANTI pun membawa lagu ni dengan gaya sendiri dan terbaik...Sayang NIZAM LAKSAMANa tersingkir minggu ni... lagu Spoon RINDU SERINDU-RINDUNYA tak memberi tuah pada beliau.... Yeah, Nana membawa lagu AKU TAK AKAN BERSUARA pun kita patut bagi kredit kat dia... Dapat pujian dari juri... Persembahan terakhir dari Ezad dengan lagu CINTA MELANKOLIA... walaupun tekaknya dikatakan berdarah, gua tetap puji persembahan ezad...

yeah minggu ke 7, 7 artis layak ...mereka akan membawa lagu masing-masing dengan tema rockdut...

1. Achong - Hilang Naluri by ONCE
2. Azian Mazuan Safuan - Ini Rindu nyanyian FARID HARDJA ft LUCKY RESHA
3. Farahdiya - Enter Sandman lagu METALLICA
4. Nassier Wahab - Camellia 2 song by EBIET G DIADE
5. Haiza - Kopi Dangdut FAHMY SHAHAB
6. Siti Nordiana - Secangkir Madu Merah lagu AMELINA
7. Ezad dengan lagu Nakal dari GIGI

Isnin, 16 November 2015

Gegar Vaganza 2015 Minggu ke 5


Ermmm... Persembahan konsert minggu ke 5...
Amri Uk's persembahan pertama dengan lagu Wali band, YANK... tersingkir...
Tinggal 8 artis lagi yang layak ke minggu 6 minggu depan...
Malam tadi, antara artis yang mendapat pujian ialah persembahan Azian Mazwan Safuan mendendangkan
lagu Wajah Siapa Di hatimu nyanyian Azlina Aziz.. Turut di puji persembahan Haiza dengan RELA nyanyian
Tila, Siti Nordiana yang mendendangkan NIRMALA nyanyian Dato' Siti Nurhaliza..
Persembahan Nassier Wahab dengan DI PINTU SYURGA lagu popular Dayang Nurfaizah memang terbaik..
Tak lupa Ezad yang mempersembahkan GERHANA CINTA LUKA lagu dari kumpulan Iklim dan Nizam Laksamana
yang juga dapat pujian lagu Wings MISTERI MIMPI SYAKILLA..
Akhir sekali, Farahdiya, MENCINTAIMU yang pernah dipopularkan oleh Kris Dayanti pun okay..
Oh, lupa pulak, Achong... Lagu Dato' Hattan MEMBURU RINDU turut terselamat..

Next Assignment diorang untuk minggu ke 6 ialah dengan tema Kenangan Terindah...
Tema dipilih adalah untuk mengingati lagu-lagu evergreen dari penyanyi yang telah "TIADA"..

1. Siti Nordiana - Aku Tak Akan Bersuara nyanyian Nike Ardilla
2. Farahdiya - Di Mana Kan Ku Cari Ganti nyanyian P.Ramlee
3. Ezad - Cinta Melankolia - Ann
4. Nassier Wahab - I'll Be There nyanyian Jackson 5
5. Haiza - Patahnya Sayap Malam nyanyian Massa
6. Nizam Laksamana - Rindu Serindu-Rindunya nyanyian Spoon
7. Achong - Benci Tapi Rindu nyanyian Diana Nasution
8. Azian Mazuan Safuan - Layu Sebelum Nerkembang nyanyian Broery Marantika

Isnin, 9 November 2015

Gegar Vaganza 2015 minggu ke 4


Yeahhh... Sheeda telah tersingkir malam tadi.. Tinggal 9 lagi artis yang akan meneruskan perjalanan ke minggu ke 5..
Malam tadi dengan tema berdua lebih baik, sheeda mendendangkan lagu "Tiada Lagi" berduet dengan AWEERA.. Lagu ni pernah dipopularkan oleh Mayang Sari. Mungkin disebabkan suara Sheeda "tenggelam" dek vokal Aweera yang lebih mantap, menyebabkan beliau tersingkir minggu ni..

Persembahan pertama ACHONG bersama Misha Omar dengan lagu Baldu Biru, gua rasa memang terbaik.. HAIZA berduet dengan Ronnie Hussin, "BINTANG KEHIDUPAN" pujian harus diberikan.. Buat masa ni, persembahan Haiza masih "maintain"...
Persembahan ke 4 pula menyaksikan AZIAN MAZUAN SAFUAN yang "dibantu" oleh Jaclyn Victor dengan lagu dendangan Melly Goeslow dan Krisdayanti dengan lagu "CINTA".. Pujian patut diberikan kepada Azian Mazuan Safwan yang dapat mengimbangi vokal Jac yang "nyaring".. Susah rasanya nak berduet dengan Jac ni..
Ezad, yang berduet dengan Adira menerusi lagu nyanyian Metropolitan "Di Sebalik Rahsia Cinta" gua rasa mantain okay... heheheheheh...
Kalau gua nak puji pun, 3 artis ni, Farahdiya dan Aliff Sattar, Nassier Wahab dan Rohana Jalil dan duet Siti Nordiana dengan Lan Kristal yang mendendangkan Memori Berkasih... yeeaaahhhh...

Next job diorang pada minggu ke 5 dengan tema HITS VAGANZA..

1. Farahdiya lagu dari Kris Dayanti "MENCINTAIMU"
2. Amir Uk's lagu "YANK" dendangan Wali Band
3. Achong lagu "MEMBURU RINDU" hattan
4. "WAJAH SIAPA DI HATIMU" dendangan Azlina Aziz akan diberikan kepada Azian Mazuan Safuan
5. "RELA" nyanyian Tila pula diberikan kepada Haiza
6. Lagu Wings "MISTERI MIMPI SYAKILA" ditugaskan kepada Nizam Laksamana
7. Nassier Wahab akan membawa lagu "DI PINTU SYURGA" nyanyian Dayang Nurfaizah
8. Siti Nordiana ditugaskan untuk lagi "NIRMALA" nyanian Siti Nurhaliza
9. Ezad akan membawakan "GERHANA CINTA LUKA" yang pernah dipopularkan oleh Iklim

yeeaaahhhh...

Isnin, 2 November 2015

Gegar Vaganza 2015 Minggu ke 3

Gambar ihsan google ye...
Yeaahhh... semalam dapat layan gegarVaganza minggu ke 3... agak sedih, artis feveret gua Zul Handy Black tumbang... Silap, lagu tu tak sesuai ngan Zul..Lagu Rossa buat Zul terlalu santai, nampak rock manja..hehehehehe... Tapi apakan daya, adat pertandingan kan?? Apa-apa pun, malam tadi, semua terbaikkk... Ezlynn pun turut tumbang.. lagu "Kuda Hitam" tak menjadi malam tadi...

Persembahan paling gua puji ialah dari Haiza untuk lagu "Istilah Bercinta" Dato' Ramli Sarif, Nassir Wahab dengan lagu dari Dato' M Daud Kilau dan Achong SweetChild lagu "Pilihlah Aku" dendangan Latiff Ibrahim..

Nana dengan lagu Jinbara "Kasihnya Laila" pun patut diberi pujian, begitu juga Azian Mazwan Safuan dengan lagu "tak Ada Logika" nyanyian Agnes Monica..
Yang lain gua tetap bagi credit... yeahhh..

2 dah tumbang, tinggal 10 lagi yang akan meneruskan cabaran pada minggu ke 3 nanti...
Tugasan diorang minggu depan kena duet dengan artis jemputa.. yeahhh...
1. Haiza akan berduet dengan Ronnie Hussein -  lagu Bintang Kehidupan nyanyian Yanti
2. Nassier Wahab berduet dengan Rohana Jalil - lagu Jangan Ada Dusta Antara Kita nyanyian Dewi Yull featuring Broery Marantika...
3. Farahdiya duet dengan Aliff Satar - Lagu Aku dan Dirimu nyanyian Ari Larsso dan Bunga Cinta Lestari
4. Nizam Laksamana berduet dengan Nurul - lagu Kita Insan Biasa nyanyian Dato' Ramli Sarip
5. Achong Sweetchild akan digandingkan dengan Misha Omar - lagu Baldu Biru nyanyian Awie dan Ella
6 Nana pulak berpasangan dengan Lan Kristal - lagu Memori Berkasih nyanyian Nana dan Arwah Achik Spin
7. Azian Mazwan Sapuan berduet dengan Jaclyn Victor untuk lagu Cinta nyanyian Kris Dayanti dan Melly Goeslow
8. Ezad akan berduet dengan Adira untuk lagu DiSebalik Rahsia Cinta nyanyian Metropolitan
9. Sheeda duet dengan Aweera untuk lagu Tiada Lagi nyanyian Mayang Sari
10. last sekali Amir Uk's duet dengan Haleeda untuk lagu Mendung Tak Beerti Hujan nyanyian Ella dan Deddy Dorres....




Selasa, 27 Oktober 2015

Gegar Vaganza 2015 minggu ke 2


+powered by youtube+

Terbaik... masih tiada penyingkiran... ermmmm... mungkinkah minggu ke 3 nanti ada dua penyingkiran??
ermmmm....
WOW... antara tugasan-tugasan diorang yang layak...

Nassier wahab - Pantun Pesan nyanyian Dato' M Daud Kilau
Zul Handy Black - Ku Menunggu nyanyian Dato' Rossa
Achong Sweetchild - Pilihlah Aku nyanyian Latiff Ibrahim
Farahdiya - Joget Siapa Dia nyanyian Wann
Ezlynn - Kuda Hitam nyanyian Hetty Koes Endang
Ezad Lazim - Mengerti nyanyian KRU
Nizam Laksamana - Tak Seindah Wajah nyanyian Tan Sri S.M Salim
Azian Mazuan Safuan - Tak Ada Logika nyanyian Agnes Monica
Sheeda - Hantu atau Buaya nyanyian NanaSheme
Haiza - Istilah Bercinta nyanyian Dato' Ramli Sarip
Amir Uk's - Yang Sedang- Sedang Saja nyanyian Iwann
Siti Nordiana - Kasihnya Laila nyanyian Jinbara

apa jadi minggu depan?? tungguuuu... hahahhahaha...

Isnin, 19 Oktober 2015

Gegar Vaganza 2015 minggu 1

Yeah... layan jugak persembahan dari otai-otai ngan artis yang dah agak lama menyepi... ermmm.... memang macam konsert, tak nampak macam pertandingan.. Teruja gua... nak nak layan Zul handy black... yeaahhh...rock oo....

Akhir rancangan seperti yang gua jangka, tiada penyingkiran... semua layak ke minggu ke 2... yeah...terbaek...

assignment diorang untuk minggu ke 2..

1. Ezad Lazim aka Ezad Exist akan menyanyikan lagu Spring Butakah Cinta...
2. Haiza penyanyi dangdut ni akan mempersembahkan lagu Kelmarin dari Zur Eda..
3. Yeahhh... Zul Handy black, lagu Sendiri dari kumpulan May...
4. Semakin Hari Semakin Sayang nyanyian Uji Rashid pulak akan dipersembahkan oleh Sheeda..
5. Nyanyian lagu Tika dan Saat Ini yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Medicien akan dinyanyikan oleh Nizam Laksamana..
6. Siti Nurdiana pulak, membawa lagu dari Ziana Zain iaitu Madah Berhelah...
7. Nassier Wahab, sedap suara otai ni. Akan menyanyikan lagu Kau Pergi Jua..
8. Lagu Aishah, Camar Yang Pulang pulak akan dipersembahkan oleh Ezlynn...
9. Lagu Allahyarham Dato' Sudirman, lagu ni diberikan tugasan kepada Amir Uk's...
10. Azian Mazuan Safuan pula akan menyanyikan lagu Francesca Peter iaitu Aku Hanya Pendatang...
11. Farahdiya menyanyikan lagu Fotograf Di alam fana Cintaku
12 dan akhir sekali Dalam Gerimis nyanyian Visa ditugaskan kepada Achong Sweet Child...

Yeaahhh... Rock ooo... Layannzzz....

jom kita layan sedikit sorotan dari konsert ni kat youtube...


+ihsan youtube+

Jumaat, 16 Oktober 2015

GEGAR VAGANZA musim ke-2 (2015)


AF 2015 dah tamat... 18hb Oktober ni, menyusul la pulak GEGAR VAGANZA musim ke-2...
dah diumum senarai otai-otai untuk pogram ni, merebut hadiah wang tunai nerjumlah RM 100,000... yeah...pakcik kayo... hahahhahahah...
Berikut senarai otai-otai untuk gegar vaganza musim ke-2...
Peserta lelaki yang bakal mewarnai pentas Gegar Vaganza musim ini ialah Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U’kays, Ezad Lazim dan Nassier Wahab.
Sementara enam lagi peserta wanita yang bakal memberikan saingan sengit ialah Ezlynn, Faradhiya, Siti Nordiana, Haiza, Sheeda dan Azian Mazwan Safwan.

Dikhabarkan,   Konsert Gegar Vaganza 2 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam bermula Ahad ini, 18 Oktober 2015, di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD.

Yeahhhhh.... Layanzz....

Blog Tricks


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mencari Sesuatu