SlideShow

Ahad, 27 September 2015

Album A Tribute to JS Kevin - Tangisan Di Gelanggang Fana (2007)

Album keluaran 2007.. tribute to Zul Adnan mohd Razali atau lebih dikenali dengan nama JS Kevin...
Juga pernah menggunakan nama seperti Masterpiece, ZN Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Joe Kevin dan An Kevin merupakan seorang penulis lirik dan penggubah lagu rock yang terkenal suatu masa dahulu. Komposer yang banyak menyumbangkan di dalam menulis lagu dan lirik untuk kumpulan rock tempatan sekitar ‘80-an dan ‘90-an....

Album ini, keluaran Life Records Sdn Bhd, dengan kerjasama komposer Haron BPR, telah mengeluarkan sebuah album khas bagi memperingati perjuangan beliau. Dengan judul Tangisan Di Gelanggang Fana- A Tribute To JS Kevin, lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan Mentor pada awal tahun 1990an dahulu ditujukan kepada komposer tersebut.

Memuatkan 10 buah lagu yang dikatakan lagu-lagu terakhir karya beliau yang belum sempat direkodkan seperti :

1. Tangisan Di Gelanggang Fana (Theme Song)
                  Lagu: Haron BPR
                  Lirik : Abdullah Romany
2. Salji Putih- Asheed (Def Gab C)
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : JS Kevin
3. Dari Lena Yang Panjang- Mus (May)
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : JS Kevin
4. Bahtera Di Bulan- Joey (BPR)
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : Billy
5. Aku Insan Sepertimu-Shamrin (Fotograf)
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : JS Kevin
6. Tak Henti Mengalir- Ucop (Baji)
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : JS Kevin
7.  Datang Dan Pulang- Ali (M'Pire)
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : JS Kevin
8.  Dari Kekasih- Ary (Fahrenheit)
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : JS Kevin9. Meeting Di Tengah Laut- Faizul
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : Ann
10. Saudara- Andy (Flop Poppy)
                  Lagu : JS Kevin
                  Lirik : JS Kevin


Layan jap salah satu lagu dalam track ke 8...



             +ihsan youtube+


Lirik Dari Kekasih

Dari kekasih ku terima harapan
Sekuntum bunga hadir dalam percintaan ini
Aku melayari pantai sepi
Mendayung mencarimu di mana ku dapati
Dan tidak sampai memeluk cinta
Sayang aku tetap berada di sini
Sayang aku masih menanti
Pulang kedakapan yang ada begini
Hilang dendam lama terbenam

Bukan mudahnya hendak aku jadi penanti
Siang malam aku membilang hari
Ingin ku petik ketika kau terang dan mengambang
Tapi ku melihat diri,oooh
Sayang aku tetap berada di sini
Sayang aku masih menanti
Pulang kedakapan yang ada begini
Hilang dendam lama terbenam
Bukan mudahnya hendak aku jadi penanti
Siang malam aku membilang hari
Ingin ku petik ketika kau terang dan mengambang
Tapi ku melihat diri,oooh
Dari kekasih hadir dalam pencintaan ini

nak download lagu ni? klik KAT SINI

Tiada ulasan:

Blog Tricks


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Recent Visitors

Mencari Sesuatu