SlideShow

Isnin, 9 November 2015

Gegar Vaganza 2015 minggu ke 4


Yeahhh... Sheeda telah tersingkir malam tadi.. Tinggal 9 lagi artis yang akan meneruskan perjalanan ke minggu ke 5..
Malam tadi dengan tema berdua lebih baik, sheeda mendendangkan lagu "Tiada Lagi" berduet dengan AWEERA.. Lagu ni pernah dipopularkan oleh Mayang Sari. Mungkin disebabkan suara Sheeda "tenggelam" dek vokal Aweera yang lebih mantap, menyebabkan beliau tersingkir minggu ni..

Persembahan pertama ACHONG bersama Misha Omar dengan lagu Baldu Biru, gua rasa memang terbaik.. HAIZA berduet dengan Ronnie Hussin, "BINTANG KEHIDUPAN" pujian harus diberikan.. Buat masa ni, persembahan Haiza masih "maintain"...
Persembahan ke 4 pula menyaksikan AZIAN MAZUAN SAFUAN yang "dibantu" oleh Jaclyn Victor dengan lagu dendangan Melly Goeslow dan Krisdayanti dengan lagu "CINTA".. Pujian patut diberikan kepada Azian Mazuan Safwan yang dapat mengimbangi vokal Jac yang "nyaring".. Susah rasanya nak berduet dengan Jac ni..
Ezad, yang berduet dengan Adira menerusi lagu nyanyian Metropolitan "Di Sebalik Rahsia Cinta" gua rasa mantain okay... heheheheheh...
Kalau gua nak puji pun, 3 artis ni, Farahdiya dan Aliff Sattar, Nassier Wahab dan Rohana Jalil dan duet Siti Nordiana dengan Lan Kristal yang mendendangkan Memori Berkasih... yeeaaahhhh...

Next job diorang pada minggu ke 5 dengan tema HITS VAGANZA..

1. Farahdiya lagu dari Kris Dayanti "MENCINTAIMU"
2. Amir Uk's lagu "YANK" dendangan Wali Band
3. Achong lagu "MEMBURU RINDU" hattan
4. "WAJAH SIAPA DI HATIMU" dendangan Azlina Aziz akan diberikan kepada Azian Mazuan Safuan
5. "RELA" nyanyian Tila pula diberikan kepada Haiza
6. Lagu Wings "MISTERI MIMPI SYAKILA" ditugaskan kepada Nizam Laksamana
7. Nassier Wahab akan membawa lagu "DI PINTU SYURGA" nyanyian Dayang Nurfaizah
8. Siti Nordiana ditugaskan untuk lagi "NIRMALA" nyanian Siti Nurhaliza
9. Ezad akan membawakan "GERHANA CINTA LUKA" yang pernah dipopularkan oleh Iklim

yeeaaahhhh...

1 ulasan:

Caliphs Graphic berkata...

Very Nice Site, lot of Info, and great post. Have great day.
Visit our site www.caliphsgraphic.com

Blog Tricks


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mencari Sesuatu