SlideShow

Rabu, 3 November 2010

PREVIEW FILEM ZOO 2010- MENGARUT? LAWAK BODOH?


Secara ringkasnya sinopsis dan review awal filem zoo ini seperti yang disiarkan dalam sinemamalaysia.com adalah merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan (lakonan Mazlan Pet Pet) yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Lan secara tidak sengaja masuk ke sessi temuduga yang dibuat oleh pengurus disitu, En. Din (lakonan Bob Lokman) dan Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.

Lan telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Sheila (lakonan Lisa Surihani.) Menurut Sheila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Sheila sendiri tidak mempercayainya. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut. Lan sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan.

Plot cerita seterusnya berkembang bila zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic dan bagaiman Lan yang bekerja di situ mampu menyelesaikan masalah tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah saksikan cerita komedi lakonan mantap Lisa Surihani dan Mazlan Pet Pet ini di pawagam.



Ermmm... Komen gua pasal citer ni?? Gua rasa pada sesiapa yang berniat nak beli cd "ORIGINAL" lupa kan la, nak beli cd "CETAK ROMPAK" lak? fikir dua kali la... kena tangkap, tak berbaloi la... Dah la citer mengarut, kena tangkap la pasal beli barang buatan haram yang memaparkan filem lawak bodoh... huhuhuhu... Filem ni langsung takder kekuatan... buang masa je luorang gelak... buat sakit perut jer... tuuuuuuttt you...

Tiada ulasan:

Blog Tricks


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mencari Sesuatu