SlideShow

Ahad, 15 Ogos 2010

BASSIST SLIPKNOT MATI...


sorry, aku dapat tau berita ni lewat... Aku baru tau tadi pagi...

LOS ANGELES 25 Mei - Paul Gray, pemain gitar bas bersama kumpulan rock heavy metal Slipknot, ditemui mati di sebuah bilik hotel di Iowa dalam usia 38 tahun, lapor media AS, semalam.

Mayat pemuzik itu ditemui oleh kakitangan hotel di Johnston, dekat Des Moines dan kemudian dilaporkan kepada polis tempatan. Punca kematian masih belum diketahui.

Gray merupakan salah seorang pengasas kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 di Iowa itu dan mereka terkenal dengan memakai topeng hoki ketika di pentas. Gray terkenal dengan topeng babi hitam ketika berada di pentas.

Kumpulan tersebut terus mengecap kejayaan sejal melancarkan album Slipknot pada 1999 yang terjual lebih sejuta salinan.

Album keempat mereka - All Hope Is Gone - menduduki carta teratas Billboard 200 di Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Austria, Finland, Sweden dan Switzerland.

Mereka juga telah dicalonkan untuk anugerah Grammy sebanyak tujuh kali, memenangi kategori persembahan metal terbaik untuk "Before I Forget" pada 2006.

REST IN PEACE

Sumber: Utusan online, insecretlovewedrown.blogspot.com

Tiada ulasan:

Blog Tricks


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mencari Sesuatu