SlideShow

Sabtu, 18 September 2010

AL-FATIHAH UNTUK M.RAJOLI

KUALA LUMPUR, 18 Sept:Seperti yang kita ketahui kita kehilangan seorang pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar Haji Mohd Rajoli Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit lymphoma ataupun barah kelenjar otak.

Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja.

Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis.

Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, sebelum Zohor hari ini.

Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

Semoga  arwah di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman... InsyaAllah... Al-Fatihah...

sumber: harakahdaily

Tiada ulasan:

Blog Tricks


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mencari Sesuatu